arisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kepentingan rakyat di negara ini.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, dengan langkah itu boleh memastikan BN terus kekal relevan di mata rakyat.
“Kita lihat semua kemungkinan demi kebaikan parti dan negara, memang rakyat diutamakan.
“Demi rakyat kalau kita perlu bersama parti lain kita akan sokong,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato Onn, malam ini.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong optimis bahawa BN masih kekal relevan sejak kemerdekaan negara hingga ke hari ini.
“Semua parti hadir hari ini dan kita sentiasa mempertahankan bahawa BN masih relevan sejak kemerdekaan sampai hari ini.
“Ini satu keputusan parti yang bermain (di fikiran) dan juga mampu lakukan sesuatu untuk rakyat jelata.
“Saya rasa kita semua faham tanggungjawab kita duduk dal satu haluan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette