Universiti Air-Less Malaysia: Bila Kolej Jadi Tapak Latihan Survival

Breaking news dari utara Semenanjung — sebuah universiti awam kini dipercayai sedang menguji kurikulum tersembunyi untuk pelajarnya: “Survival 101: Hidup Tanpa Air Bersih”. Sesi praktikal berlangsung secara langsung, selama hampir dua minggu, tanpa sebarang rehat komersial.

Sejak awal bulan April, air bersih telah ‘menghilang’ dari radar kampus. Bukan disebabkan cuaca, bukan kerana bencana, tapi… entahlah. Tiada siapa tahu sebab sebenar. Yang pasti, paip kering, tandas tak boleh flush, dan mandi adalah kemewahan yang hanya tinggal kenangan.

Pelajar kini terpaksa mengatur strategi harian macam main The Sims, tapi versi ‘susah hidup’. Nak basuh baju? Simpan dulu. Nak solat? Kena beratur ambil wuduk dengan air tangki. Nak mandi? Well, kalau dapat setengah baldi pun rasa macam spa 5 bintang.

Semalam, 14 April — satu tarikh yang sepatutnya jadi turning point — air bantuan akhirnya tiba. Tapi… rupa airnya mengingatkan kita pada zaman darurat. Keruh, berkeladak, dan ada pelajar yang secara jujur mengaku lebih rela beli air mineral dari minum air “bantuan” ni.

Nak masak? Jangan harap. Nak minum? Silakan kalau nak eksperimen dengan imun badan. Nak mandi pun… kena fikir dua kali.

Yang paling kasihan? Pelajar yang tinggal di tingkat atas. Demi setitis air, mereka sanggup turun naik lif, kadang-kadang tangga, dengan baldi atau tong besar. Harap badan sihat dan lif tak rosak. Kalau tak, memang naik turun sambil selawat.

Pelajar perempuan pula makin risau. Isu keselamatan mula timbul — ramai terpaksa keluar malam ambil air, dan kawasan sekitar kolej pun tak sepenuhnya selamat. Bila waktu malam, tangki air macam lokasi wajib ziarah — dan bukan semua orang berniat baik.

Student tahun akhir? Double pressure. Thesis tengah gila deadline. Final exam makin dekat. Tapi nak mandi pun kena plan awal. Stress mental dan fizikal ni bukan main-main.

Dan… drumroll please… pengurusan kolej dan universiti? Masih tiada kenyataan rasmi. No updates. No emails. No notis. Kelas nak diteruskan bersemuka ke? Online ke? Kelas batal terus ke? Jawapan masih dalam siasatan paranormal, nampaknya.

Yang pelajar mahu pun bukan banyak. Bukan minta Wi-Fi laju macam kilat. Bukan minta katil hotel. Cuma air bersih, dan sedikit empati dari pihak atasan. Tapi dalam tempoh dua minggu ni, nampaknya itu pun terlalu sukar.

Universiti patut jadi tempat menimba ilmu, bukan tempat mengasah survival skill sampai tahap macam masuk reality show.

Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang masih bertahan. Anda semua kini secara tidak rasmi telah lulus modul “Day in the Life: Kolej Tanpa Air”. Moga cepat ada perubahan… sebelum semua naik hantu — atau naik bau.

Sumber: MyBerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *