1,270 PATI Dicekup, 11 Majikan Terkandas

Jabatan Imigresen Malaysia menggempur tanpa kompromi apabila menahan seramai 1,270 warga asing dan 11 majikan dalam satu Operasi Sasar besar-besaran yang digerakkan serentak di seluruh negara semalam.

Dalam kenyataan tegas yang dimuat naik malam ini, Imigresen memaklumkan bahawa operasi penguatkuasaan itu melibatkan 16 serbuan keras ke atas pelbagai premis dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan dimana ia merupakan kawasan yang sering menjadi ‘syurga’ kepada PATI.

“Daripada 2,756 individu yang diperiksa, seramai 1,270 pendatang asing tanpa izin dan 11 majikan tidak bertanggungjawab dicekup kerana dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan imigresen,” tegas kenyataan itu.

Imigresen turut memberi amaran bahawa operasi seperti ini tidak akan berhenti malah akan diteruskan secara agresif setiap bulan.

“Majikan yang masih berani menggajikan PATI, bersedialah. Kami akan buru dan heret anda ke muka pengadilan. Ini bukan amaran main-main,” kata kenyataan keras itu.

Sumber: MalaysiaTelus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *