Malaysia bangga jadi juara telur termurah di Asia Tenggara – RM0.42 sebiji – tapi nikmat itu bakal berakhir.
Mulai 1 Ogos, kerajaan tarik brek habis-habisan: subsidi telur dihentikan sepenuhnya, harga kawalan dilupuskan, dan pengguna bakal rasa bahangnya.
Thailand jual telur pada RM0.52 sebiji, Kemboja RM0.87, Myanmar RM0.84, Filipina RM0.94, dan Vietnam mencanak ke RM1.03. Tapi kini, Malaysia bukan lagi syurga telur murah.
Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), subsidi RM0.10 sebiji akan dipotong kepada RM0.05 bermula esok – sebelum dilenyapkan terus Ogos nanti.
Alasannya? Industri konon dah stabil, kos pengeluaran terkawal, dan bekalan mencukupi. Tapi kesannya nanti, pengguna pasti terasa – harga telur bebas mengikut pasaran, tiada lagi benteng perlindungan.
Kerajaan dakwa langkah ini demi “kelangsungan industri” dan “kewangan negara”. Tapi rakyat yang selama ini dijanjikan keterjaminan makanan, kini disuruh berjimat bila telur pun jadi barang mewah.
Soalnya – sampai bila rakyat perlu berkorban, sedangkan kartel dan industri terus kaut untung?
Sumber: MediaTelus