LONDON: Pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly terpaksa berehat sehingga hujung tahun ini selepas mengalami kecederaan lutut, kata pengurus kelab itu Ole Gunnar Solskjaer hari ini.
Bailly, 25, mengalami kecederaan dan terlepas aksi ketika kemenangan 2-1 United ke atas Tottenham Hotspur dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) dan selamat menjalani pembedahan hari ini.
Pemain Ivory Coast itu terlepas saingan persahabatan yang menyaksikan United memperoleh kemenangan 1-0 kepada kelab Norway, Kristiansund yang menyaksikan kejayaan kelima kelab itu pada perlawana pra musim.
Juan Mata menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan menerusi sepakan penalti untuk mengakhiri kemaraaan Norway.
Perlawanan akan datang bagi United adalah berdepan AC Milan pada Sabtu ini, perlawanan pra musim terakhir sebelum bertemu Chelsea pada perlawanan pembukaan Liga Perdana pada 11 Ogos ini. – Reuters