Fakre kagum aksi Pukki

LONDON: Teemu Pukki menamatkan kemarau 26 tahun, 266 perlawanan Norwich City dengan hatriknya ketika menentang Newcastle United Sabtu, lalu.

Tiga gol jaringan penyerang Finland itu di Carrow Road adalah yang pertama buat Canaries dalam kancah Liga Perdana Inggeris sejak Efan Ekoku melakukannya ke atas Everton pada September 1993.

Ekoku meledak empat gol di Goodison Park, dan menjadi permain pertama melakukannya dalam kejohanan itu.

Pukki pula menjadi pemain pertama Norwich City menjaringkan gol dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana untuk kelab itu sejak Ashley Ward pada Disember 1994.

Sejak permulaan musim lalu, Pukki sudah meledak 33 gol liga, lebih daripada mana-mana pemain dalam keempat-empat divisyen liga Inggeris.

Pengendali Norwich Daniel Farke, bagaimanapun lebih tertarik kepada aspek permainan Pukki.

“Tindakan penyudah Teemu amat pintar,” kata Farke.

“Dia begitu rajin, saya nampak dia memulakan serangan dari kotak penalti sendiri.

“Ini mentaliti dan semangat yang kita perlukan. Ia bukan mengenai individu dan berapa banyak gol dia jaringkan, ia tentang pasukan dan dia amat penting untuk kami.” – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *