Man City rai peminat

KUALA LUMPUR: Juara Inggeris, Manchester City mendahului kelab Liga Perdana lain apabila bakal meraikan peminatnya dalam satu dalam satu program ‘Back2Back Showcase’ dan ‘Live Gathering’ di Galeri Kesenian Muar, 10 Ogos ini.

Selain menyaksikan perlawanan siaran langsung perlawanan pertama City menentang West Ham United, peminat yang hadir bakal diceriakan dengan persembahan daripada vokalis OAG, Radhi Razali.

Penganjurnya, Khairul Razali berkata ia tidak terhad kepada penyokong The Citizen tetapi turut mengalu-alukan peminat kelab lain.

“Ada pelbagai aktiviti disediakan. Selain persembahan artis, mereka yang hadir juga akan menyaksikan perlawanan West Ham dan City,” katanya.

Bayaran masuk adalah RM15. Seramai 50 peminat terawal bakal menerima hadiah menarik dan 20 lagi hadiah disediakan menerusi cabutan bertuah.

Selain persembahan artis dan tayangan siaran langsung, aktiviti yang turut diselitkan adalah perlawanan futsal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *