Torino lulus ujian ke Liga Europa

PARIS: Torino menggunakan sepenuhnya penggantungan AC Milan daripada Eropah dengan mara ke pusingan ketiga kelayakan Liga Europa selepas menewaskan Debrecen 4-1 awal pagi tadi dan semakin hampir ke peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Walter Mazzarri masih perlu melalui dua pusingan kelayakan selepas menewaskan kelab Hungary itu 7-1 secara agregat hasil jaringan Simone Zaza, Armando Izzo, Andrea Belotti dan pemain gantian Vincenzo Millico.

Torino, yang berkedudukan ketujuh Serie A musim lalu, mara ke kejohanan itu selepas AC Milan dikenakan penggantungan pada Jun di peringkat Eropah kerana melanggar peraturan kewangan.

Roma mengambil alih kedudukan Milan pada peringkat kumpulan yang akan bermula hujung bulan ini.

Sebelum itu Wolverhampton Wanderers kembali ke Eropah selepas 39 tahun apabila menyertai kelab Itali itu ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 4-1 mengatasi Crusaders di Belfast selepas menang 2-0 pada pusingan pertama minggu lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *