LONDON: Juan Mata menghantar Manchester United ke pusingan keempat Piala FA dengan gol kemenangan pada minit ke-67 bagi memastikan kemenangan 1-0 mengatasi Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan semula di Old Trafford awal pagi tadi.
Mata menerima hantaran Anthony Martial dan tenang menguis bola mengatasi penjaga gol John Ruddy untuk gol tunggal mengatasi lawan dari Liga Perdana itu yang mendapat peluang pada minit ke-10 tetapi dibatalkan oleh VAR.
Pada perlawanan pertama di Molineux antara kedua-dua pasukan dalam kelompok 32 terakhir Liga Europa berakhir tanpa jaringan dengan United gagal mendapat sebarang cubaan tepat ke gol.
Sambutan United bagaimanapun terhenti kerana kecederaan dialami penyerang utama mereka, Marcus Rashford yang masuk selaku pemain simpanan pada babak kedua.
Dia hanya sempat bermain kurang 15 minit sebelum dikeluarkan kerana kecederaan. – Reuters