Mbappe menyinar atasi Monaco

PARIS: Kylian Mbappe meledak dua gol untuk menambah jaringannya musim ini kepada 20 gol ketika pemenang Piala Dunia itu menyinar selepas menang 4-1 mengatasi kelab lamanya, Monaco awal pagi tadi.

Kemenangan itu meletakkan PSG dengan kelebihan lapan mata di persada liga.

Mereka juga mencatat gol ke-50 dalam kempen liga daripada 20 perlawanan setakat ini.

Monaco pulang dari PSG dengan satu mata ketika seri 3-3 di ibu kota minggu lalu tetapi kali ini mereka gagal memberi ancaman sama selepas tiga hari.

Mbappe menemui sasaran pada minit ke-24 dan 90 manakala Neymar menyempurnakan penalti sebelum tamat babak pertama.

Pablo Sarabia menambah satu lagi pada minit ke-73, sejurus selepas masuk selaku pemain gantian.

Ibrahima Bakayoko memberikan gol saguhati lewat permainan buat Monaco apabila menewaskan Kaylor Navas di gawang.

“Dalam setiap kawasan, kami lebih baik berbanding Ahad lalu,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

“Kami berhak atas kemenangan ini, kami banyak mengawal posisi.” – AFP

Pemain AS Monaco, Bakayoko (tiga dari kiri) menanduk bola masuk ke gawang Paris St Germain untuk gol saguhati lewat perlawanan. – Foto REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *