Maradona selamat jalani pembedahan otak

Legenda Argentina, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otaknya, sebentar tadi, kata doktor yang merawatnya.

“Kami berjaya membuang bahagian itu. Diego melalui pembedahan itu dengan baik,” kata Leopoldo Luque selepas pembedahan di klinik persendirian dekat Buenos Aires itu.

“Ia terkawal, ada sedikit saluran. Dia masih dalam pemantauan.”

Maradona, 60, dihantar ke hospital dekat La Plate – tempat dia menjadi jurulatih Gimnasia y Esgrima – pada Isnin kerana sakit.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *