PSM: Henti polemik PH atau serah pada pengundi lantik PM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan krisis mengenai pengganti perdana menteri atau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapakah perdana menteri pilihan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Pengerusinya, S Arutchelvan meminta Majlis Presiden PH agar campurtangan bagi menghentikan polemik berkenaan dan ‘menanamkan sikap disiplin di kalangan anggotanya’.

“Jika ini tidak dilakukan, maka adalah lebih baik kita mengadakan pilihan raya presiden seperti yang dilakukan di beberapa negara supaya pengundi boleh mengundi secara langsung perdana menteri mereka.

“Sejak PH berkuasa dan terutamanya selepas drama video (seks), nampaknya isu utama tadbir urus adalah siapa yang akan menjadi perdana menteri seterusnya.Iklan

“Ironi adalah apabila PH mempunyai mandat yang jelas untuk memerintah selama 4 tahun lagi, pemimpin PH kini sibuk checkmatesatu sama lain daripada mentadbir negara,” katanya.

Arutchelvan berkata demikian mengulas sokongan Adun Bersatu di Selangor agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal.

Umno dan PAS turut menyatakan bahawa kedua-dua parti itu akan memastikan Mahathir kekal memegang jawatannya sehingga akhir penggal parlimen ke-14.

Berikutan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali turut mengalu-alukan pernyataan sokongan tersebut.

Sebelum ini video seks yang membabitkan Azmin juga dikaitkan dengan perebutan jawatan nombor satu negara itu.

Ini disebabkan timbul spekulasi bahawa Mahathir berhasrat memilih Azmin sebagai penggantinya walaupun berjanji menyerahkan jawatan itu kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan saluran berita Turki, Mahathir mengulangi komitmen terhadap janji untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Anwar

  • malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *