Raja Permaisuri Agong cantik, bijak, cukup cekap memasak – YDP Agong

KUALA LUMPUR: Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar – “Cantik, intelligent, pandai memasak”.

Itu reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu.

Tuanku bertitah demikian sewaktu ditemubual Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julai ini.

“Permaisuri begitu tahu selok-belok tentang masakan dan masak sendiri, dan kalau makan dia rasa lain macam, dia tahu apa yang kurang. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula memasak.“Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya… kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap,” titah Tuanku.

  • astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *