RON97 turun 11 sen, RON95, diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 turun 11 sen kepada RM2.56 seliter bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya masing-masing RM2.26 seliter dan RM2.31 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” menurut kenyataan itu.Iklan

Menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos adalah berjumlah RM90.48 juta.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *