Nak Kuasai Celcom Axiata: Telenor Sudah Tunjuk Taring?

Runcingnya masalah dalam celcom. Keputusan untuk bergabung dengan syarikat luar, Telenor, nampaknya lebih membawa kemudaratan kepada syarikat.

Kedua-dua pihak pengurusan telah menyatakan dengan jelas bahawa ia akan menjadi ‘penggabungan sama rata’, walaupun nisbah pemilikan yang dirancang bagi syarikat yang digabungkan (MergedCo) adalah 56.5 peratus milik Telenor dan 43.5 peratus oleh Axiata.

Makna kata, Telenor akan menguasai dan lazimnya apabila wujudnya gabungan seperti ini, pihak syarikat dengan share lebih besar akan membuat pemotongan pekerja. Sekali lagi bebanan terpaksa ditanggung kakitangan yang tak bersalah.

Kakitangan Celcom dah mula merungut, ‘Apa lah nasib mereka di syarikat lagi?’ Terpaksa akur dibuang kerja walau telah bertahun-tahun menabur khidmat.

Selain itu, difahamkan Telenor ada menuntut untuk membuat kiraan dari segi pembayaran cukai syarikat di Singapura. Tapi mengapa ya? Di Malaysia dah tak ada syarikat yang menawarkan khidmat audit cukai dan sebagainya? Mengapa perlu syarikat di negara ini tetapi pengiraan cukainya ni Singapura?

Banyak sangat pertikaian dalam gabungan ni. Pihak Cecom Axiata harapnya nampaklah banyak bebanan yang perlu mereka tanggung. Sekarang pun, Celcom Axiata bukanlah sedang menanggung kerugian.

“Kami mempunyai tunai berjumlah RM6 bilion setakat ini. Keadaan kewangan kumpulan juga masih kuat.”

Ceo Celcom Axiata, kalau boleh kuatkan jati diri tu. Sentimen syarikat GLC pada rakyat Malaysia ni lain. Kita sayangkan syarikat-syarikat majoriti melayu dan tak mahu ia tergadai macam tu je.

Sekarang Telenor dah mula ‘demanding’ macam-macam. Dia kasi sikit-sikit taring dia. Bila Celcom Axiata dah sah betul-betul dah tandatangan penggabungan tu. Apa lagi dia nak buat dengan Celcom Axiata, depa boleh buat sesuka hati.

Boleh rujuk cerita tentang gabungan Telenor di link ini:

https://happinescomesinwaves.com/his-career-is-over/?utm_campaign=MYHcIo30m

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/08/592799/axiata-tolak-rundingan-gabung-jika-terma-ditolak

https://selamatkancelcom.home.blog/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *