Bersih Hentam Nga Kor Ming: Tabur RM6.13 Juta Sebelum PRK, Putra Heights Terabai!

TAPAH, 12 April – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dikecam teruk selepas mengumumkan peruntukan RM6.13 juta untuk Tapah – tepat sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning. Tindakan itu dianggap sebagai ‘tabur duit’ politik murahan oleh pelbagai pihak.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkan langkah Nga sebagai penyalahgunaan kuasa terang-terangan, memperalatkan dana kerajaan untuk membeli undi.

“Ini bukan bantuan, ini sogokan. Duit rakyat digunakan untuk kepentingan politik. Memalukan!” tegas Bersih dalam satu kenyataan pedas.

Apa yang lebih mengundang kemarahan, ketika Nga berlumba-lumba ‘menabur janji’ di Tapah, mangsa tragedi letupan di Putra Heights terus terpinggir. Bukan satu sen diumumkan, bukan satu lawatan dibuat.

“Nyawa rakyat di Putra Heights tak penting? PRK saja baru nampak menteri turun? Jangan main politik atas penderitaan orang lain,” bidas seorang pemerhati politik.

LRata-rata, rakyat di media sosial juga naik angin:

“Bila ada PRK, Nga Kor Ming terus muncul dengan RM6 juta. Bila Putra Heights meletup, langsung tak peduli. Menteri apa ni?”

Tindakan ini semakin memburukkan imej Nga yang kini dilabel sebagai menteri bermusim – hanya muncul bila ada undi.

Dengan PRK Ayer Kuning makin hampir, rakyat kini semakin celik, menolak politik lama yang menggunakan peruntukan sebagai senjata sogokan. Soalnya, sampai bila duit rakyat mahu diperkuda demi politik murahan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *