YES OR NO?

  1. Dua soalan yang cukup mudah dilontar oleh Richard Quest yang merupakan antara orang lama dalam media CNN.
  2. Soalan itu dituju pada Perdana Menteri Malaysia.
  3. But you would accept , A), Israel’s right to exist?
  4. And, B) Israel’s right to defend itself?
  5. Soalan ini mudah dan amat tuntas. Pendek dan padat.
  6. Apa jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri?
  7. YES dan YES.
  8. Dasar negara ini sekian lama adalah menentang Israel . Melawan genosida. Tidak memperakui Israel . Tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Pendek kata Israel adalah “pariah state”.
  9. Seluruh rakyat Malaysia, malah tidak keterlaluan hampir seluruh pelusuk dunia kecam genosida dan perlakuan Israel terhadap rakyat Palestin.
  10. Bukankah ini sosok pemimpin yang tidak cukup rehat, kerja 18 jam sehari, berselimut dalam penerbangan kelas bisnes, memacu masyarakat dunia mengajar ketamadunan melawan kebobrokan Israel yang rakus menjajah orang-orang tidak berdosa Palestin?
  11. Adakah wawancara Richard Quest itu AI atau sebenarnya AI?
  12. Perdana Menteri Malaysia mesti jujur kehadapan . Beritahu perkara sebenar . Adakah Perdana Menteri sokong kewujudan Israel? Mudah sahaja.
  13. YES or NO?

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
14.11.2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *