Polis tahan bapa liwat anak lelaki

Polis menahan peniaga kedai runcit kerana dipercayai meliwat anak lelakinya yang berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian terkin berlaku di dalam tandas kedai runcit di Pangsapuri Cempaka, Batu Caves yang dilihat isteri suspek.

Beliau berkata, laporan dibuat oleh isteri suspek dan polis menahan suaminya, Selasa lalu.

“Susulan aduan yang diterima, polis menangkap suspek yang berusia 34 tahun yang juga seorang peniaga kedai runcit.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meliwat anak lelakinya yang berusia 12 tahun sejak Mac lalu dan kali terakhir dikatakan berlaku pada 29 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *