Clyne berehat panjang

Pertahanan Liverpool, Nathaniel Clyne.

LONDON: Pertahanan Liverpool, Nathaniel Clyne berdepan rehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen ketika jalajah pramusim di Amerika Syarikat.

Clyne mengalami kecederaan berkenaan ketika perlawanan persahabatan Liverpool menentang Borussia Dortmund di Indiana Jumaat lalu.

Pertahanan kanan berusia 28 tahun itu yang menghabiskan musim lalu secara pinjaman ke pasukan Liga Perdana Bournemouth, juga diketepikan pada sebahagian besar musim 2017/18 kerana kecederaan belakang.

Dia tidak bersama rakan sepasukan ke New York bagi persinggahan terakhir kelab itu dalam Jelajah AS sebaliknya pulang ke pusat latihan kelab di Melwood untuk proses pemulihan.

“Apa yang saya boleh katakan ialah kami amat sedih terhadap apa yang berlaku kepada Clyney,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dalam laman sesawang Liverpool. 

“Dia berlatih dan bermain sangat baik – dia berada pada tahap terbaik.

“Jelas kecederaan seperti ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan mana-mana pemain, menurut pegawai perubatan ia adalah kecederaan ACL.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *