SHANGHAI: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ‘mengharapkan yang terbaik’ selepas pertahanan, Eric Bailly mengalami kecederaan ketika menang 2-1 mengatasi Tottenham Hotspur malam tadi.
Kaki pemain berusia 25 tahun itu tampak tersekat di padang tiruan dekat Stadium Hongkou di Shanghai dan membimbangkan Solskjaer yang mengatakan lutut pemain itu cedera.
Solskjaer, yang dikaitkan dengan usaha mendapatkan pertahanan tengah Leicester City, Harry Maguire sebelum kehilangan Bailly, berkata: “Bukanlah sesuatu yang bagus apabila anda cedera.
“Tidak berbaloi apabila anda hilang pemain. Dia sudah menjalani pemeriksaan awal tetapi kami tidak tahu betapa serius kecederaan itu.
“Kami perlu pulang ke Manchester dan membuat imbasan.
“Kita harapkan yang terbaik.”
Bailly, masuk sebagai pemain gantian kepada Chris Smalling selepas babak pertama, digantikan pada minit ke-56.
Ia bagaimanapun malam yang memuaskan buat United yang kini menang semua empat perlawanan pramusim. – AFP