LONDON: Arsenal memperkuatkan pertahanan mereka dengan menandatangani pertahanan kiri antarabangsa Scotland, Kieran Tierney dari Celtic menerusi perjanjian jangka panjang, umum kedua-dua kelab itu hari ini.
“(Celtic sudah) bersetuju dengan perpindahan kekal Kieran Tierney ke Arsenal Football Club dengan rekod pembayaran 25 juta pound (RM126.9 juta),” kata kelab Scotland itu dalam satu kenyataan.
“Kami gembira Kieran menyertai kami. Dia pemain sangat berbakat yang akan terus meningkat,” kata bos Arsenal, Unai Emery.
“Dia menambah pilihan kami di pertahanan dan saya tidak sabar menantinya menyertai kumpulan kami.” – Agensi