BAM nafi dakwaan pemain terbabit isu judi

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menafikan dakwaan pemain badan induk itu sedang disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

BAM menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini bagaimanapun memberitahu badan induk itu sedia bekerjasama dengan BWF dalam beberapa aspek penyiasatan, namun butirannya tidak dapat didedahkan.

“Kami ingin menegaskan tidak ada pemain kami yang terbabit dalam penyiasatan BWF.

“Disebabkan siasatan ini masih berjalan, BAM tidak akan memberikan komen mengenai perkara ini,” kata kenyataan media rasmi dikeluarkan BAM, hari ini.

Terdahulu, portal atas talian mendakwa terdapat dua pemain Malaysia dipanggil BAM dan BWF bagi membantu siasatan mengenai pertaruhan dalam perlawanan bola sepak.

Portal berkenaan mendakwa pemain itu meminjam wang daripada ‘Ah Long’ yang dipercayai untuk membayar hutang mengalami kesulitan membayar semula yang nilainya kini mencecah ratusan ribu ringgit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *