Rooney kembali ke England sebagai pemain, jurulatih

LONDON: Bekas kapten England Wayne Rooney akan meninggalkan DC United yang berpangkalan di Washington selepas bersetuju menjadi pemain-jurulatih untuk kelab Liga Kejuaraan Inggeris Derby County, umum kelab MLS itu hari ini.

“Susulan musim MLS 2019 sudah tamat, penyerang bintang Wayne Rooney akan meninggalkan kelab untuk meneruskan kariernya di England dan berada dekat dengan keluarganya,” kata DC United.

“Dengan persetujuan DC United, Rooney menyempurnakan rundingan untuk menjadi pemain-jurulatih Derby County dalam Liga Kejuaraan 2020.”

Derby dalam satu kenyataan berkata mereka gembira untuk mengumumkan penjaring terbanyak England Wayne Rooney akan menyertai kelab bermula Januari 2020.

Laporan berkenaan minat Derby mendapatkan bekas bintang Manchester United itu muncul sejurus sebelum skuad di bawah kendalian bos baharu Philip Cocu, membuka kempen Liga Kejuaraan dengan kemenangan 2-1 ke atas Huddersfield semalam. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *