Thiem akhiri penantian lima tahun di Montreal

MONTREAL: Dominic Thiem melangkah ke pusingan suku akhir Masters Montreal ATP apabila menewaskan Marin Cilic 7-6 (9/7), 6-4 awal pagi ini bagi mencatatkan kejayaan kedua buatnya dalam tempoh dua hari selepas penantian lima tahun untuk tuahnya hadir di Kanada.

Pemain pilihan kedua dari Austria itu yang menewaskan sandaran pemain tuan rumah, Denis Shapovalov pada semalam, berdepan dengan dua mata break pada permainan terakhir menentang juara Terbuka Amerika Syarikat 2014 sebelum memperoleh kejayaan dengan tiga mata perlawanan.

“Saya sangat gembira dengan dua kemenangan ini,” katanya selepas mencatatkan kejayaan ke-31 dalam musim ini. “Saya menewaskan dua pemain yang mengagumkan.

“Saya mengalami perubahan yang bagus dengan keyakinan tinggi pada musim panas di Eropah. Ini adalah pusingan suku akhir pertama saya di sini.

“Perlawanan hari ini sukar dipercayai kerana saya menyelamatkan sembilan daripada sembilan mata break, yang mana jarang sekali berlaku.

“Pada penghujungnya ia menjadi semakin sukar. Saya melakukan servis yang bagus dalam semua set kedua, kemudiannya saya berdepan dengan masalah besar pada hujung perlawanan.

Thiem tiba ke Kanada selepas memenangi gelaran tanah liat di gelanggang tanah liat Kitzbuhel di tempat asalnya pada hujung minggu lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *