Van Dijk, Messi, Ronaldo calon pilihan Pemain Terbaik Eropah

LONDON: Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Virgil Van Dijk disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan UEFA, kata badan induk bola sepak Eropah itu, hari ini.

Ketika Ronaldo, pemenang tiga kali dan sentiasa ada dalam tiga pemain terbaik sejak anugerah itu dicipta pada 2011, pertahanan tengah Van Dijk membuat penampilan pertama selepas membantu Liverpool menang gelaran Liga Juara-Juara musim lalu.

Van Dijk diundi masing-masing sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana musim lalu dan Pemain Terbaik Pilihan Pemain kerana memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab Merseyside itu meraih Piala Eropah keenam.

Pemenang dua kali, Messi mendahului jumlah jaringan La Liga (36 gol) dan Liga Juara-Juara (12 gol) musim lalu tetapi Barcelona tumbang pada separuh akhir kepada Liverpool, yang mengatasi kelebihan tiga gol pada perlawanan kedua untuk mara.

Ronaldo, yang pernah menang lima gelaran Liga Juara-Juara, tidak begitu menyerlah di Eropah bersama Juventus, ketika skuad dari Itali itu tumbang di suku akhir kepada Ajax Amsterdam.

Bagaimanapun dia membantu Juve meraikan gelaran liga kelapan berturut-turut dengan 21 gol dan diundi selaku ‘Pemain Paling Berharga’ Serie A. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *