‘WAG’ jelita hangatkan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris menghabiskan lebih £1 bilion (RM5.10 bilion) pada jendela perpindahan musim panas ini bagi membawa masuk pemain baharu bagi menguatkan skuad mereka.

Selain menyaksikan bintang-bintang seperti Moise Kean, Dani Ceballos dan Andre Gomes berkelana ke England, ia turut menjadikan ‘persaingan’ membabitkan isteri dan teman wanita atau ‘WAG’ menjadi lebih sengit.

Memiliki raut wajah jelita dan seksi, ada di antara mereka mempunyai karier yang hebat termasuk doktor gigi, guru dan juara kickboxing.

Berikut adalah senarai ‘WAG’ terbaharu yang menyertai liga musim 2019-20 dengan kehadiran mereka jelas akan meningkatkan kehangatan di stadium.

NIF BRASCIA

Teman wanita bintang baharu Toffees berharga £29 juta (RM148.01 juta), Moise Kean ini adalah juara ‘kickboxing’ dari Thailand.

Brascia, 21, dikatakan tidak pernah tewas selepas mengharungi lebih 50 pertarungan dan selain memiliki wajah cantik dan menawan, laman Instagramnya diikuti lebih 12,000 pengikut.

Sering memaparkan gambar pakaian dalam dan renang, kehadiran Brascia juga dikatakan akan meningkatkan tahap keselamatan di Goodison Park.

RIA HUGHES

Pemain baharu Man United, Daniel James memenuhi impiannya dengan menyertai Red Devils. Selain itu, dia turut memiliki teman wanita yang mengagumkan, Ria yang sudah bersamanya selama dua tahun.

Seorang yang gilakan kecergasan, wanita dari Wales itu adalah pengajar aktiviti membabitkan sukan dan gemar berkongsi gambarnya bersama teman lelakinya di media sosial. Pada ulang tahun kelahirannya ke-21, Ria menghadiahkan James anjing dari baka Cockapoo.

DANIELA MACHADO

Pertahanan kanan Portugal, Joao Cancelo dijangka menjadi sensasi baharu di Etihad sejurus perpindahannya ke City lengkap.

Isterinya yang jelita, Daniela juga dijangka akan mendapat banyak sorakan daripada peminat di kelab itu. Tidak banyak yang diketahui mengenai wanita ini kerana laman Instagramnya adalah sulit. 

Pasangan ini sudah berkahwin sejak Cancelo bermain di Inter.

MARIA SANCHEZ DEL MORAL

Wanita bintang baharu Arsenal, Dani Ceballos yang diperoleh secara pinjaman dari Real Madrid adalah guru kecergasan.

Sebelum itu, jelitawan dari Seville berusia 24 tahun itu adalah guru tadika sebelum menjadi WAG yang popular. 

Selain mengikuti jejak ibunya yang juga seorang guru, Maria yang terkenal dengan keseksiannya turut menggunakan wajah cantiknya untuk menjadi model sambilan.

LISA GONCALVES

Selepas mengharungi tempoh pinjaman yang berjaya di Everton musim lalu, Marco Silva menjadikan Andre Gomes sebagai pemain tetapnya pada bulan lalu.

Justeru, teman wanitanya yang juga doktor gigi, Lisa Goncalves akan mengikutinya ke bandaraya bersejarah Liverpool.

Si cantik manis dari Portugal itu turut menggemari aktiviti luar dan suka bercuti dan dia tidak takut untuk mendedahkan bentuk badannya yang mengiurkan jika berada di pantai.

LAURA HILVEN

Setiap pemain bola sepak memerlukan isteri yang sentiasa memberi sokongan. Dan Laura tiada bezanya. Apabila Leandro Trossard melengkapkan perpindahannya ke Brighton dengan nilai £18 juta (RM91.86 juta), dia menjadi insan paling berbangga.

Dia memaparkan gambar suaminya yang juga penyerang Belgium tersenyum dalam kapal terbang di media sosial. Sejurus tiba di England, kedua-duanya dilihat bergambar beriringan di lapangan terbang.

IZABEL KOVACIC

Ketika perpindahan Mateo Kovacic ke Chelsea dilengkapkan, ia bermakna isterinya Izabel akan menjadikan Barat London sebagai kediaman tetapnya.

Dilabel ‘Croatia Shakira’, wanita cantik berusia 24 tahun itu adalah pengasas dan pemilik syarikat produk bayi berasaskan organik yang berjaya dikenali Lunilou.

Dia sudah mengendalikan syarikat berkenaan sejak 2015 bersama kakaknya, Ivana Lucic. Mateo dan Izabel berkahwin pada 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *