Zii Jia mara suku akhir Terbuka Thailand

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dipaksa mengharungi pertarungan tiga set sebelum menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto di pusingan kedua Terbuka Thailand, hari ini.

Berada di ranking ke-17 dunia, Zii Jia memerlukan tempoh 51 minit sebelum melakar kemenangan 21-14, 12-21, 21-8 ke atas Sugiarto yang menghuni ranking 18 dunia.

Lawan Zii Jia, 21 di suku akhir adalah seorang lagi pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

Rhustavito dalam pada itu mara selepas menewaskan pemenang dua pingat emas Olimpik dari China, Lin Dan dengan keputusan 12-21, 21-15, 21-10.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *