Man Utd beri sokongan Pogba dibedah

LONDON: Manchester United memberi sokongan penuh terhadap keputusan Paul Pogba menjalani pembedahan pergelangan kaki kata pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer hari ini.

Bos dari Norway itu tampak bersetuju dengan cadangan ‘orang’ Pogba selepas kekalahan tahun baharu di tangan Arsenal untuk melakukan pembedahan seterusnya membangkitkan persoalan sejauh mana kelab itu berhak membuat keputusan.

Namun Solskjaer menolak tanggapan mengenai perbalahan berkaitan kecederaan itu dan berkata: “Paul kembali selepas lama berehat, (tampil) dalam beberapa perlawanan, mengalami rasa sakit, dia tidak ke Burnley.

“Dia rasa pergelangan kakinya sakit, kami membuat imbasan. Ia bukan kecederaan yang sama, ia kecederaan berbeza. Sudah tentu apabila ada melihat imbasan, anda akan mendapatkan pandangan pakar perubatan sendiri, sama eperti saya lakukan. Dia mahukan pandangan kedua dan nasihat diberikan untuk dia melakukannya.”

Mengenai kecederaan itu, Solskjaer berkata: “Ia bukan kecederaan besar dan mungkin, seperti saya katakan, tiga atau empat minggu.

Ditanya kenapa dia mengatakan ‘orang’ Pogba di sebalik keputusan melakukan pembedahan itu, katanya: “Ia kerana apabila anda bertanya kepada pakar bedah anda dan seseorang yang anda percaya.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *