Seorang pekerja rumah pengebumian yang menimbulkan kemarahan ramai dengan memuat naik gambar di samping mayat legenda bola sepak, Diego Maradono menyerah diri kepada pihak polis selepas terdapat spekulasi mengenai dirinya dibunuh.
Sekeping gambar Diego Molina memegang badan mendiang dengan isyarat ibu jari bagus tersebar di serata dunia sebelum dia mengambil keputusan menyembunyikan diri dengan dua pekerja lain di ibu kota Buenos Aires selepas menerima ugutan bunuh.
Pihak berkuasa membuka kertas siatan berhubung isu ‘kecuaian’ selepas terdapat dakwaan ambulans mengambil masa sejam untuk sampai ke kediaman wira bola sepak negara berusia 60 tahun berkenaan yang diserang masalah jantung.
Sementara itu, seorang senior pakar virologi mengecam Presiden Argentina kerana membenarkan orang ramai berkumpul bersama bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Sekumpulan peminat berkumpul di jalanan bagi memberi penghormatan terakhir dan kebanyakannya tidak memakai pelitup muka sekali gus mengundang potensi penularan COVID-19.
Dr Arnaldo Casiro berkata: “Kami sering bercakap secara konsisten supaya orang ramai melakukan pengorbanan, jadi kami cuba melakukannya untuk meraikan sambutan Krismas dan tahun baharu, kami memberitahu mereka untuk mengekalkan penjarakan sosial dan kemudian kita dapat lihat senario di jalanan seperti ini. Ia jelas tidak konsisten dengan apa yang sering diperkatakan.
“Sudah tentu, saya sangat sedih dengan pemergian Maradona tetapi apa yang jelas, terdapat pergerakan besar-besaran dan semuanya harus tersusun bagi mengurangkan risiko.” – Agensi