Syarikat berkaitan Syed Mokhtar Al-Bukhary kini menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, memintas pegangan oleh ahli politik Umno.
Berdasarkan notis bertarikh 22 Julai pada Bursa Malaysia, Nilam Setar (M) Sdn Bhd memperoleh tambahan 5.5 juta saham, menjadikannya pegangannya dalam kumpulan menjadi 19.72 peratus.
Pegangan Nilam Setar kini hanya di belakang Opulance Global Asia Sdn Bhd (31.6 peratus), yang dikawal oleh ahli politik Umno Abd Aziz Sheikh Fadzir.Iklan
Pegangan langsung Umno – melalui pemegang amanah RHB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd – ialah sebanyak 18.2 peratus.
Nilam Setar memperoleh saham itu melalui dua syarikat yang kurang dikenali -Aspirasi Sigma Sdn Bhd and Fasa Mahsuri Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat ini menjual kesemua pegangan mereka.
Walaupun tidak disenarai sebagai pemegang saham Nilam Setar, syarikat itu berkongsi alamat sama dengan syarikat-syarikatnya seperti Kelana Ventures Sdn Bhd dan Prisma Dimensi Sdn Bhd.
Syed Mokhtar berjaya meningkatkan pegangan terhadap berberapa media di Malaysia secara beransur-ansur sejak bertahun-tahun lalu.
Beliau dipercayai pemilik akhbar perniagaan berbahasa Inggeris The Malaysian Reserve.
Beliau juga dipercayai mempunyai pegangan 23.9 peratus dalam Media Prima Bhd, yang memiliki stesen televisyen, surat khabar, syarikat papan iklan dan banyak laman web.
Menurut The Edge Markets, Syed Mokhtar juga memiliki tulang belakang transmisi TV digital Malaysia melalui MYTV Broadcasting Sdn Bhd, MPH Bookstores dan Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
- malaysiakini