‘Itu istana punya kerja, bukan saya’ – Tun M

“ITU istana punya, kerja bukan saya,” itu jawapan ringkas Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai isu perubahan tempat duduk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika majlis pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lalu.

Perdana Menteri berkata, tempat duduk Najib sudah ditetapkan oleh pihak Istana Negara.

“Saya tidak tahu dan saya tak nampak apa-apa pun, itu lah tempat dia kot,” katanya.

Sebelum ini, Najib menerusi laman Facebooknya mendakwa tempat duduk beliau ditukar di saat akhir menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis pertabalan itu kerana tidak mempunyai pakaian istiadat sesuai.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada hari ini menegaskan, tempat duduk di Balairung Seri Istana Negara itu sudah ditetapkan dan tiada sebarang perubahan dilakukan di saat akhir.

-myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *