Perang perdagangan: Syarikat China pindah operasi ke Malaysia

Syarikat-syarikat di China kini memindahkan sebahagian besar operasi mereka ke Malaysia di tengah-tengah perang perdagangan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Ekonomi Global IQI dan penggiat Global Shan Saeed berkata terdapat juga sejumlah pelaburan China yang berpindah ke Vietnam.

“Sesetengah ekonomi sebenarnya mendapat manfaat daripada perang perdagangan ini. Sekiranya anda membaca majalah Economist pada November lepas, ia menyatakan bahawa beberapa ekonomi mendapat manfaat daripada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan sektor automotif adalah dari Malaysia, Thailand and Vietnam,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga meramalkan perang perdagangan AS-China akan berterusan.Iklan

Khamis lepas, Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan 10 peratus terhadap barangan import China bernilai AS$300 bilion bermula bulan depan.

Hari berikutnya, China memberi amaran tentang langkah tindak balas serupa sebagai respons kepada pengumuman Trump, yang akan meruncingkan lagi perang perdagangan antara kedua-dua negara yang akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi mereka.

“Kerajaan Malaysia masih mengawal ekonomi dan lembaran imbangannya juga masih kukuh dengan para pelabur masih melihat negara dengan baik,” katanya.

Shan berkata ekonomi Malaysia kekal teguh dan dijangka mengakhiri tahun ini dengan pertumbuhan ekonomi kira-kira 4.5 peratus hingga 5.0 peratus.

“Sementara itu, ringgit akan stabil dan mengikut pergerakan harga minyak dan Yuan China,” tambahnya.

Harga minyak mentah Brent berada pada AS$61.15 satu tong.

Menurut Shan, untuk separuh kedua 2019, corak pelaburan dan penggunaan tetap kukuh dengan pertumbuhan keseluruhan masih utuh untuk Malaysia.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *