Polis tahan 16 suspek pergaduhan di kuil

Polis setakat ini telah menahan 16 suspek kejadian pergaduhan di Sungai Darah, Kuala Selangor semalam yang menyaksikan seorang anggota polis dan seorang mangsa awam cedera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, pergaduhan tercetus antara dua kumpulan ketika perarakan chariot di sebuah Kuil Kaliamma Bestari Jaya di sana.

Polis kini dalam usaha memburu sejumlah lagi suspek dan mengenal pasti kumpulan yang terlibat dalam insiden pada pukul 9.15 malam itu, katanya.

Polis turut merampas lima bilah parang.Iklan

“Ketika perarakan berlangsung, telah berlaku satu pertengkaran antara dua kumpulan mengenai pemasangan khemah yang akhirnya membawa kepada pergaduhan melibatkan parang.

“Polis yang bertugas cuba mententeramkan keadaan dan membuat tangkapan tetapi telah diserang. Seorang anggota polis India, 34 tahun, telah cedera di belakang tapak tangan kiri dan dirawat dengan enam jahitan.

“Sehingga kini terdapat seorang mangsa awam yang mengalami kecederaan putus sebahagian tapak tangan kiri dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan.

  • malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *