UiTM teruskan caj kediaman pelajar Diploma, pra-Diploma

Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan meneruskan keputusan untuk mengenakan caj bayaran kolej kediaman bagi pelajar Diploma dan Pra-Diploma bermula semester September 2019.

Naib Canselor UiTM, Dr Mohd Azraai Kassim berkata, perbincangan serta kajian terperinci untuk mengenakan caj kepada pelajar diploma telah dibuat sejak tahun 2014 lagi.

“Caj bayaran kolej kediaman di dalam kampus bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda telah mula diperkenalkan semenjak Disember 2005 lagi.

“Lanjutan daripada itu, perbincangan serta kajian terperinci untuk mengenakan caj kepada pelajar diploma telah mula dibuat sejak tahun 2014,” katanya menerusi kenyataan media pagi tadi.

Isu itu ibangkitkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak yang mempersoalkan memo berkenaan kadar caj bilik bagi pelajar diploma Universiti tersebut.

“Ada pelajar UiTM yang mengikuti Facebook hantar kepada saya? .Adakah memo ini benar?

“Seingat saya selama ini pelajar diploma bilik dapat free cuma bayar caj utiliti RM20 setiap semester,” kata Najib menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Sementara itu, pihak UiTM turut sedar akan segelintir pelajar yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelompok pelajar yang telah dikenal pasti dan akan diberikan pengecualian bayaran,” jelasnya.

Tambah UiTM, pelajar daripada keluarga yang berpendapatan sebulan di bawah RM2,500.00, pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar sukan yang mewakili negara dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan antara yang dikecualikan dalam pembayaran caj bilik tersebut.

  • malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *