Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MKN, bukan main golf

TIMBUL khabar angin di media sosial yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambil bahagian dalam satu acara golf amal di Johor, ketika negara berdepan peningkatan kes Covid-19.

Bagaimanapun, Muhyiddin sedang mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Gambar sepanduk dan agenda acara berkenaan tersebar di Twitter sejak semalam, dan beberapa pengguna media sosial turut membidas perdana menteri kerana kurang serius dalam berdepan waktu kritikal.

Sepanduk berkenaan tertulis sebuah hotel mewah di Johor menganjurkan “Golf Amal Tan Sri Muhyiddin” pada 1 dan 2 Oktober dan pertandingan amal itu akan diadakan pada 2 hingga 4 Okrober.

Portal Sarawak Report yang berkongsikan gambar berkenaan mendedahkan pertandingan itu yang dihadiri Muhyiddin semalam disertai oleh hampir 300 orang.

Menteri Kesihatan Adham Baba turut dilaporkan akan menyertai acara berkenaan hujung minggu ini.

Bagaimanapun, kehadiran Muhyiddin pada acara tu semalam tidak dapat disahkan.

Sejak dua hari lalu, Malaysia merekodkan lebih 500 kes Covid-19, dengan rekod tertinggi 287 kes semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menerusi Twitter berkata, Muhyiddin akan mempengerusikan mesyuarat khas Covid-19 hari ini.

Ia dibalas oleh pengguna Twitter @oskortos yang berkongsikan gambar sepanduk dan agenda acara berkenaan yang turut mempersoalkan sama ada perdana menteri menganggap golf lebih penting.

Seorang lagi pengguna, @A_ImTweets menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan kerana menyertai acar golf pada saat kritikal dan menambah tanda pagar  #Abahletakjawatan, merujuk kepada nama panggilan Muhyiddin.

Pengguna @AmanSha33679804 turut mengkritik presiden Bersatu kerana mengambil mudah situasi semasa dan menggesa beliau berundur.

Ini bukan kali pertama Muhyiddin dibidas kerana bemain golf ketika pandemik.

Beliau turut hadir pada acara golf awal tahun ini bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzun Md Yusoff dan CEO Kumpulan AirAsia Tony Fernandez. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *