De Gea idam lilitan kapten

LONDON: Penjaga gol Manchester United, David de Gea yang dilaporkan di ambang untuk menandatangani kontrak lanjutan enam tahun berkata dia mengalu-alukan lilitan kapten di Old Trafford.

De Gea, 28, sebelum ini kuat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari United tetapi ketika ditemui di Singapura, penjaga gol Sepanyol itu berkata dia mahu membantu pasukannya kembali ke puncak liga Inggeris.

Kapten United, Antonio Valencia meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim lalu dan De Gea menjadi antara pemain yang dicanang bagi menggantikan tempatnya selain Ashley Young, Juan Mata, Chris Smalling dan Paul Pogba.

“Saya menjadi kapten untuk beberapa perlawanan. Sudah tentu menakjubkan apabila menjadi kapten untuk kelab seperti Manchester United dan mempertahankannya,” kata De Gea. 

“Ia menakjubkan, jadi sudah tentu saya akan menjadi amat gembira jika menjadi kapten. Ini musim kesembilan saya, saya dapat rasa seperti saya salah seorang pemain paling berpengalaman. Tetapi banyak yang kami perlu tingkatkan.

“Kami adalah Manchester United, kami perlu berjuang untuk memenangi trofi. Apabila kamu memakai lencana ini ia bermakna berjuang untuk segala-galanya, memberikan yang terbaik dan membawa pasukan ke puncak sekali lagi.”

United yang tidak tewas ketika jelajah pra-musim setakat ini dan sudah mengalahkan Perth Glory, Leeds United dan Inter Milan akan bertemu seteru Inggeris, Tottenham Hotspur di Shanghai, Khamis ini. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *