Siri animasi Walt Disney sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak mahupun dewasa.
Dan ia termasuklah siri Mickey Mouse dan rakan-rakannya yang selama ini tidak pernah gagal menghiburkan kita.
Terbaru, siri pendek “Mickey Go Local” mula dikongsikan oleh pihak Disney Channel Asia di laman YouTube mereka baru-baru ini.
Mickey Go Local menyuntik elemen tempatan dalam setiap episodnya dan untuk episod pertama, Disney memilih untuk mengetengahkan keunikan “gerai” di Malaysia.
Menu makanan tempatan yang dipilih iaitu sate dan roti canai.
Goofy dalam siri itu dilihat keliru untuk memilih makanan mana yang paling sedap antara sate atau roti canai.
Setiap episod baharu “Mickey Go Local” akan dimuat naik satu setiap bulan sehingga Januari 2020.